Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia

Hasnah Ali, and Nur Dyah Fatikhah Ekowati, and Sanep Ahmad, and Novel Lyndon, and Ahmad, AR (2012) Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 184-194. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
253kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengurusan sisa pepejal di pemukiman berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah di Jakarta, Indonesia. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tingkah laku dan faktorfaktor yang mempengaruhi tingkah laku masyarakat, terhadap pengurusan sisa pepejal. Kajian menggunakan soal selidik seramai 117 yang diberikan secara rawak kepada warga masyarakat di kawasan Kelapa Gading dan Warakas dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Penemuan kajian menunjukkan bahawa ada perbezaan tingkah laku antara warga masyarakat yang berpendapatan tinggi dan rendah. Bagi masyarakat yang berpendapatan rendah (Warakas) terbukti wujud hubungan yang signifikan antara pendapatan dengan kesedaran masyarakat untuk mengurangkan sisa, mengasingkan sisa, aktiviti kitar semula (kaedah 3R) dan pengkomposan. Faktor pendidikan juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengetahuan masyarakat berkenaan pengurusan sampah sarap. Manakala untuk masyarakat yang berpendapatan tinggi (Kelapa Gading) hanya wujud hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan dengan kebiasaan membuang sampah. Kesimpulannya, penglibatan daripada semua pihak yang berkaitan amatlah penting bagi mewujudkan pengurusan sisa buangan yang baik terutamanya (isi rumah) sebagai pembuang sampah dan pihak kerajaan sebagai pembuat dasar.

Item Type:Article
Keywords:3R (kitar semula; mengurangkan sampah; guna semula); analisis deskriptif; kawasan berpendapatan rendah; kawasan berpendapatan tinggi; komuniti tempatan; pengurusan sisa pepejal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5610
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 08:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page