Azlina Abdul Aziz, and Mohamed Zabri Johari, and Hawa Ismail, (2012) Kesan intervensi program pendidikan kesihatan terhadap pengetahuan, sikap dan amalan pemeriksaan sendiri payudara dalam kalangan jururawat di Hospital Kuala Krai, Kelantan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (1). pp. 23-27. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 318kB |
Abstract
Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2006 menunjukkan amalan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) masih rendah di kalangan wanita Malaysia walaupun berbagai program kesedaran telah dilakukan. Kajian ini dilakukan dari bulan Mei hingga Disember 2008, untuk mengkaji perubahan tahap pengetahuan, amalan dan sikap jururawat di Hospital Kuala Krai, Kelantan terhadap amalan PSP setelah program intervensi pendidikan kesihatan diadakan. Objektif kajian ialah untuk meningkatkan amalan PSP di kalangan jururawat di hospital tersebut. Kajian dilakukan secara intervensi pra dan pasca uji tanpa perbandingan. Responden terdiri daripada 43 orang yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik melalui sesi temu ramah bersemuka dengan responden. Program intervensi pendidikan kesihatan termasuk ceramah, demontrasi PSP, kaunseling dan pameran diadakan untuk mengajar jururawat tentang masa yang sesuai, kekerapan dan teknik melakukan PSP dengan betul. Hasil menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap pengetahuan (p < 0.001)sebelum dan selepas intervensi. Namun, analisis amalan pula menunjukkan tidak terdapat perubahan yang signifikan terhadap amalan PSP yang betul (p = 0.083). Analisis sikap menunjukkan kesemua 43 orang atau 100% responden telah berubah dari negatif menjadi positif terhadap persepsi-persepsi kerentanan, halangan dan faedah melakukan PSP. Tidak terdapat hubungan di antara sosio-demografik responden dengan tingkah laku PSP (p = 0.63). Walaupun dalam aspek amalan, perubahan sebelum dan selepas intervensi masih rendah dan tidak signifikan, perlaksanaan intervensi pendidikan kesihatan ini telah dapat mencetuskan sedikit perubahan di kalangan jururawat dari Hospital Kuala Kerai walaupun tidak secara menyeluruh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemeriksaan sendiri payudara; PSP; kanser payudara; Kuala Krai; intervensi pendidikan kesihatan |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 5614 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 22 Oct 2012 02:51 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page