Noraziah Mohamad Zin, and Marlini Othman, (2012) Pengaruh sumber nitrogen terhadap pertumbuhan endofit streptomyces SUK 02 dan aktiviti antifungus. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (1). pp. 35-39. ISSN 1675-8161
|
PDF
340kB |
Abstract
Bakteria endofit adalah berpotensi untuk menghasilkan antibiotik dan metabolit sekunder yang lain. Penghasilan metabolit sekunder dapat ditingkatkan melalui pengoptimuman kandungan nutrien seperti sumber nitrogen. Dalam kajian ini kandungan sumber nitrogen iaitu ammonium sulfat, ammonium dihidrogen fosfat, kalium nitrat dan natrum nitrat telah diubahsuai di dalam kaldu International Streptomyces Project 4 (ISP4) untuk pertumbuhan Streptomyces SUK 02. Pengekstrakan dilakukan dengan menggunakan etil asetat dan aktiviti antifungus ditentukan dengan menggunakan teknik serapan agar. Fungus ujian yang digunakan adalah Aspergillus fumigatus dan Fusarium solani. Hasil kajian menunjukkan peratusan berat (w/v) ekstrak kasar maksima didapati daripada kaldu yang mengandungi natrium nitrat (3.30%), diikuti oleh ammonium dihidrogen fosfat (2.24%), ammonium sulfat (1.46%) dan kalium nitrat (1.20%). Aktiviti antifungus dikesan daripada ekstrak bersumberkan nitrogen ammonium sulfat.Peratus perencatan ekstrak tersebut terhadap Aspergillus fumigatus dan Fusarium solani adalah 33.0-35.0% dan 17.4-30.0%, masing-masing. Manakala nilai MIC terhadap Aspergillus fumigatus adalah 1.5 mg/ml. Sebagai kesimpulan, natrium nitrat merupakan sumber nitrogen yang sesuai bagi partumbuhan optimum Streptomyces SUK 02 manakala kehadiran ammonium sulfat boleh meningkatkan aktiviti antifungus.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Streptomyces; endophytes; nitrogen; antifungus |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 5616 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 22 Oct 2012 03:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page