Perbandingan dos glandular purata payudara berdasarkan kombinasi anod/penuras tungsten/rhodium dan tungsten/argentum pada mamografi digital

Kanaga Kumari Chelliah, and Felecia Lumin, (2012) Perbandingan dos glandular purata payudara berdasarkan kombinasi anod/penuras tungsten/rhodium dan tungsten/argentum pada mamografi digital. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 10 (1). pp. 53-56. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

391kB

Abstract

Mamografi adalah cara paling efektif untuk mengesan keabnormalan payudara di kalangan wanita. Namun, mamografi dipercayai boleh menyebabkan karsinogenesis aruhan sinaran. Justeru pengukuran dos adalah penting untuk menganggar risiko dan mengawal kualiti imej. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan dos glandular purata (AGD) yang diperolehi fantom payudara berdasarkan dua kombinasi anod/penuras yang berbeza iaitu tungsten/rhodium (W/Rh) dan tungsten/argentum (W/Ag). Fantom payudara CIRS 012A didedahkan pada projeksi kraniokaudal (CC) menggunakan sistem mamografi digital Hologic Selenia. Kerma udara kemasukan permukaan (ESAK) diukur menggunakan dosimeter pendar cahaya terma (TLD). AGD diperolehi daripada pengiraan asas ESAK dengan faktor penukaran berdasarkan formula Euref. Ujian t tak bersandar menunjukkan perbezaan bererti dalam purata AGD yang diperolehi. Purata AGD W/Rh adalah lebih tinggi berbanding purata AGD W/Ag (p = 0.002, 95% CI: 0.22, 0.53). Kesimpulannya, penggunaan W/Ag menyumbang kepada pengurangan dos semasa pemeriksaan mamografi.

Item Type:Article
Keywords:dos purata glandular;W/Rh; W/Ag; ESAK; dosimetri payudara
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:5619
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:22 Oct 2012 08:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page