Kearah pemerkasaan modal insan: penyedian lulusan pengajian Melayu

Nik Safiah Karim, (2012) Kearah pemerkasaan modal insan: penyedian lulusan pengajian Melayu. Jurnal Melayu (9). pp. 17-29. ISSN 1675-7513

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/

Abstract

Makalah ini menjejaki perkembangan penting pengajian melayu di Malaysia sejak merdeka hingga kini.Ia diasaskan pada pengalaman penulis sendiri yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam perkembangan tersebut. Dapatlah di pastikan bahawa pengajian melayu diperingkat tinggi adalah bermula dengan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1959.Idea penubuhan jabatan ini dicetuskan oleh Suruhanjaya Carr-Saunders yang membuat tinjauan terhadap pengajian tinggi di Tanah Melayu pada 1948.Salah satu ciri menarik jabatan ini ialah penubuhan kursi pengajian melayu di peringkat awal penubuhannya lagi. Dari tahun 1962 hingga 1993, terdapat empat orang sarjana yang memegang kursi ini.Ia dimulakan oleh Prof. R.Roolvink pada tahun 1962,kemudian diikuti S.T.Alisjahbana(1964),Prof.M.Taib Osman(1981)dan Prof .Nik Safiah Karim (1993).Walaupun pada masa yang berbeza namun ucapan kesemua empat pemegang kursi berpaksi pada perkara sama, iaitu bentuk dan fungsi Jabatan Pengajian Melayu dan jenis graduan yang di hasilkannya. Inilah isu-isu yang sentiasa dipegang sebagai asas gerak kerja pembangunan Akademi pengajian Melayu dalam pembinaan modal insan sehingga ke hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Jabatan pengajian Melayu; kursi pengajian melayu; akademi pengajian melayu; wawasan 2020; modal insan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:5622
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 Oct 2012 07:26
Last Modified:30 Oct 2012 13:46

Repository Staff Only: item control page