Mat Noor Mat Zain, and Che Maryam Ahmad, and Zuliza Mohd Kusrin, (2012) Perkahwinan adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam penulisan C.W.C Parr dan W.H Mackray. Jurnal Melayu (9). pp. 171-189. ISSN 1675-7513
Full text not available from this repository.
Abstract
Daerah rembau di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih dalam perkahwinan. Walaubagaimanapun sesetengah amalan dalam adat pepatih di anggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkan beberapa amalan dalam adat pepatih di Daerah Rembau, Negeri Sembilan sepertimana yang di ulas oleh C.W.C.Parr dan W.H Mackray dalam penulisannya bertajuk Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the conflict between the rule of custom and those of Islam.Terdapat lima perkara yang diulas dalam penulisan tersebut sebagai amalan adat pepatih yang memerlukan penjelasan hukum syarak, iaitu berkenaan perwalian, perempuan-perempuan yang haram dipinang, mas kahwin pemilikan harta dalam perkahwinan dan poligami.Perbincangan mendapati bahawa pendapat Parr dan Mackray lebih menekankan aspek adat, manakala perbincangan tentang hukum syarak terlalu sedikit dan ringkas serta sebahagiannya tidak bertepatan dengan hukum syarak.Hala ini tidak menghairankan kerana mereka bukannya pakar dalam syariat Islam
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adat pepatih; perkahwinan; hukum syarak; islam; amalan |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 5633 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 25 Oct 2012 10:24 |
Last Modified: | 31 Oct 2012 01:31 |
Repository Staff Only: item control page