Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca pilihanraya umum (PRU) 2008 di Malaysia.

Junaidi Awang Besar , and Mohd Fuad Mat Jali, and Yahaya Ibrahim , and Abdul Halim Sidek, and Jeniri Amir, and Rosmadi Fauzi , and Novel Lyndon, (2012) Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca pilihanraya umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu (9). pp. 191-214. ISSN 1675-7513

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/

Abstract

Menjadi suatu norma , pengundi belia di Malaysia amat penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Justeru artikel ini akan menyinkap persepsi politik pegundi belia melayu pasca piliharaya umum(PRU) 2008.Kajian soal selidik seramai 3.484 orang respondendan pemerhatian telah dilakukan dikawasan kajian iaitu di lima wilayah di Malaysia iaitu wilayah utara, wiyah timur, wilayah barat, wilayah selatan dan wilayah borneo mengikut kawasan dewan undangan negeri (DUN), Hasil kajian menunjukkan 42.2 peratus belia/responden menjadikan televisyen sebagai sumber maklumat utama untuk merujuk maklumat politik semasa manakala isu yang paling penting dibincangkan ialah isu pekerjaan iaitu 50.6 peratus. Dari segi kriteria/parameter pemilihan calon ,35.9 peratus responden menyatakan mereka memilih calon jujur, ikhlas dan amanah dan parti yang mengutamakan rakyat menjadi pilihan utama mereka(29.3 peratus).Merujuk keahlian parti politik , majoriti responden ,iaitu 16.7 peratus mereka menjadi ahli kepada parti UMNO dengan memegang jawatan tertentu dalam parti tersebut.Seterusnya bagi persetujuan terhadap sesuatu isu politik semasa dan governans, 81.6 peratus belia menyatakan belia menyokong program kerajaan untuk memantapkan agenda pembangunan negara,. Penilaian terhadap persepsi pemimpin menunjukkan bahawa , kepimpinan parlimen(56.0 peratus)paling popular dalam menampilkan perkhidmatan yang berkesankepada rakyat. Sebagai pengakhiran penilaian politik belia,53.4 peratus (peringkat DUN) dan 66.4 peratus (peringkat parlimen) menyatakan sokongan kepada BN

Item Type:Article
Keywords:persepsi; belia melayu; politik piliharaya umum; ciri-ciri calon; pemilihan calon
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:5634
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Oct 2012 10:49
Last Modified:31 Oct 2012 01:36

Repository Staff Only: item control page