Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia

Norsimah Mat Awal, and Nadrah Abu Bakar, and Nor Hashimah Jalaluddin, (2012) Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu (9). pp. 227-240. ISSN 1675-7513

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/

Abstract

Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam kertas 1 Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian mengenai penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan memfokus pada pengungkapan idea dalam penulisan karangan.Secara khususnya kertas kerja ini melihat penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan mereka.Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun, cogan kata,frasa menarik, petikan ucapan,kata-kata hikmat,petikan hadis,kosa kata yang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain. kajian dijalankan dilima kawasan iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiap kawasan).Dapatan umum kajian mendapati pencapaian para pelajar ini secara majoritinya adalah ditahap sederhana dan lebih 20% dianggap lemah.Di samping itu pencapaian pelajar dari luar bandar di dapati lebih baik dari pelajar bandar. Oleh itu dapat di simpulkan bahawa majoriti pelajar ini mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua masih ditahap tidak memuaskan kerana tidak dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.Dengan yang demikian usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar untuk menguasai bahasa melayu kerana bahasa adalah salah satu jambatan bagi mengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:pembelajaran bahasa melayu; penulisan karangan; bahasa kedua; ungkapan menarik; pencapaian pelajar.
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:5636
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:29 Oct 2012 01:45
Last Modified:31 Oct 2012 01:42

Repository Staff Only: item control page