Persepsi penerima sensitif ke atas pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka.

Zaini Sakawi, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, and Othman Jaafar, and Mastura Mahmud, and Lukman Ismail, and Mohd Rozaimi Ariffin, (2012) Persepsi penerima sensitif ke atas pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 284-293. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
564kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Pencemaran daripada tapak pelupusan merupakan isu alam sekitar yang amat sinonim dengan kualiti persekitaran fizikal dan manusia. Antara isu yang begitu relevan dengan pencemaran ini ialah ketidakseimbangan kualiti udara, pencemaran air bawah tanah oleh air kurasan, pencemaran tanih oleh logam berat dan pencemaran bau. Penjanaan bau yang terhasil daripada gas yang dilepaskan melalui proses semula jadi dan sifat sisa buangan itu sendiri telah meninggalkan pelbagai masalah seperti ketidakselesaan, kacau-ganggu, kesejahteraan dan kesihatan kepada penduduk setempat. Bagi mengesan kualiti pencemaran bau yang dijana daripada tapak pelupusan ini, pendekatan semula jadi berdasarkan deria manusia melalui satu kajian persepsi penduduk telah dilakukan pada 2010. Pensampelan secara rawak digunakan ke atas 100 penerima sensitif yang tinggal dalam lingkungan 5 km dari tapak pelupusan Pajam. Analisis secara deskriptif dilakukan bagi melihat persepsi responden ke atas pencemaran bau. Kajian ini juga meneliti faktor setempat lain yang turut mempengaruhi status kualiti bau dari tapak pelupusan tersebut. Seterusnya beberapa indikator seperti demografi penduduk setempat, taraf kesihatan, jarak dan lokasi tempat tinggal digunakan untuk melihat perbezaan kualiti bau tersebut. Akhirnya beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan pencemaran bau turut dibincangkan bagi persekitaran lestari dan kualiti hidup yang baik.

Item Type:Article
Keywords:Tapak pelupusan; persekitaran fizikal; persekitaran manusia; pencemaran bau; kesihatan ekosistem
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5642
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:29 Oct 2012 08:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page