Pengaruh gerrymandering terhadap pola pengundian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Malaysia (Influence of gerrymandering on voting patterns in the Constituency Legislative Assembly Area of Kajang and Bangi, Malaysia)

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, (2012) Pengaruh gerrymandering terhadap pola pengundian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Malaysia (Influence of gerrymandering on voting patterns in the Constituency Legislative Assembly Area of Kajang and Bangi, Malaysia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 1-12. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?

Abstract

Persempadanan sesuatu Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN. Namun amalan tersebut boleh memberi kelebihan kepada pemerintah sekiranya wujud gerrymandering. Justeru itu dalam artikel ini, kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi dipilih sebagai kes kajian untuk memeriksa pengaruh gerrymandering 2003 terhadap pola pengundian khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan PRU 2008. Berdasarkan data keputusan pilihan raya yang dikeluarkan oleh SPR didapati bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 memang memberi kesan kepada keputusan PRU 2004 iaitu memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Namun pada PRU 2008 calon PAS dan PKR telah memenangi masing-masing kerusi DUN Bangi dan Kajang kerana terkesan oleh pelbagai isu nasional dan krisis kepemimpinan BN. Impak gerrymandering persempadanan semula kawasan pilihan raya terhadap keputusan pilihan raya yang menyebelahi pemerintah umumnya hanya bersifat sementara sahaja.

Item Type:Article
Keywords:bilangan pengundi; Dewan Undangan Negeri; kaum; persempadanan; pilihan raya; pola pengundian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5645
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Nov 2012 12:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page