Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa

Haslinda Abdullah, and Dzuhailmi Dahalan, and Azimi Hamzah, and Ismi Arif Ismail, and Ezhar Tamam, and Abdul-Lateef Abdullah, and Sarjit S. Gill, and Nobaya Ahmad, and Turiman Suandi, (2012) Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 13-19. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
200kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?

Abstract

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga dikenali sebagai Majlis Belia Kebangsaan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang suaranya diiktiraf bagi mewakili generasi belia di Malaysia. MBM dirangka agar dapat berfungsi sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dalam menyelaras semua pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya. Penubuhan MBM di bawah Peruntukan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bertujuan bagi menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara, merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang, dan memupuk sikap bertanggungjawab, patriotisme dan kesukarelawanan dalam kalangan pertubuhan belia. Namun, apakah MBM pada saat ini telah menjelma dalam erti kata sebenar iaitu sebagai pemangkin pembangunan belia di Malaysia secara holistik? Menggunakan maklumat sekunder makalah ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang status MBM dalam memainkan peranan seperti yang digalurkan. Apakah kehadiran MBM telah dirasai oleh generasi belia di Malaysia secara keseluruhan? Di dalam mendahulukan kepentingan belia di Malaysia, apakah “hubungan istimewa” MBM dengan generasi belia pada saat ini boleh dianggap melebihi “hubungan istimewa” dengan pihak ketiga sehingga MBM dianggap dekat di hati belia dan integritinya tidak dipersoalkan sama sekali? Penilaian awal ini menunjukkan bahawa MBM cenderung untuk terikat dengan perancangan bersifat dari atas ke bawah. Dalam perancangan seperti ini matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu keputusan banyak ditentukan oleh pihak pemerintah. Lebih malang lagi, MBM dilihat tidak lebih daripada penyediaan gelanggang pendakian pemimpin politik yang bakal ditonjolkan pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini membuka ruang perbincangan tentang isu belia dari sudut yang pelbagai demi membina keupayaan generasi tersebut pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Majlis Belia Malaysia (MBM); pembangunan belia; peranan belia; perancangan dari atas ke bawah; pemimpin politik; relevansi MBM
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5646
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Nov 2012 12:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page