Penjagaan kesihatan wanita semasa dalam pantang: amalan dan kepercayaan

Aishah@Eshah Mohamed, and Abd. Aziz Hj. Bidin, (2012) Penjagaan kesihatan wanita semasa dalam pantang: amalan dan kepercayaan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 20-31. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
234kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?

Abstract

Wanita sentiasa berusaha untuk terus kekal sihat selepas bersalin untuk mengembalikan kesihatan dan mengelakkan kesihatan ibu dan anak pada masa depan. Makalah yang menggunakan perspektif budaya Melayu ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan penjagaan kesihatan wanita Melayu semasa dalam pantang. Kedua, menganalisis pengaruh kepercayaan dalam amalan penjagaan kesihatan mereka semasa dalam pantang. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kelantan pada tahun 2007 dan beberapa lawatan singkat dalam tahun 2009 dan 2010 dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam. Temu bual mendalam dilakukan dengan 30 orang informan yang terdiri daripada wanita Melayu yang pernah mengamalkan pantang selepas bersalin dan empat orang informan utama yang terdiri daripada bidan kampung. Analisis menunjukkan bahawa kepercayaan wanita Melayu tentang sejuk dan panas, keseimbangan tubuh, simbolisme tentang darah, metafora tentang terbuka dan tertutup, gangguan makhluk ghaib mempengaruhi amalan penjagaan kesihatan mereka semasa dalam pantang. Tubuh mereka dianggap sebagai kotor ekoran daripada pembentukan bayi semasa mengandung dan sejuk kerana banyak kehilangan darah semasa proses bersalin. Semasa dalam pantang, wanita Melayu Kelantan banyak mengamalkan mandi teresak, bedian, berurut and bertungku, pantang dari segi makanan dan hubungan seks, berehat, bebekum dan mengambil ubat-ubat panas.

Item Type:Article
Keywords:dalam pantang; keseimbangan tubuh; penghindaran makanan; penghindaran seks; penjagaan kesihatan; wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5647
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Nov 2012 12:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page