Abd. Latif, and Nordin Hussin, and Rahilah Omar, (2012) Konsep wanua dan palili di konfederasi ajatappareng di Sulawesi Selatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 96-103. ISSN 2180-2491
|
PDF
233kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?
Abstract
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep wanua dan palili dalam struktur kerajaan-kerajaan yang tergabung dalam Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan. Wanua dan palili adalah dua istilah yang digunakan oleh kerajaan pusat terhadap daerah bawahannya. Persoalannya, mengapa ada daerah bawahan yang disebut wanua dan yang lainnya disebut palili. Apakah kriteria yang mesti dimiliki oleh satu daerah untuk dikategorikan sebagai wanua dan apakah pula kriteria yang mesti dipunyai oleh satu daerah untuk dikategorikan sebagai palili. Adakah kedua-dua istilah ini mempunyai impak secara signifikan terhadap hubungan kekuasaan antara daerah dengan kerajaan pusat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanua adalah sebuah konsep tentang geografik yang penduduknya mempunyai hubungan saudara mara yang sangat rapat dengan lingkungan wanua. Bagi mengelakkan dari ditakluki oleh kerajaan yang kuat, maka beberapa wanua yang berjiran bersepakat bergabung untuk menubuhkan satu kerajaan. Sebaliknya, palili adalah sebuah konsep tentang hubungan kekuasaan antara kerajaan pusat dengan semua wanua di bawahnya. Semua wanua yang mula-mula bergabung menubuhkan kerajaan disebut palili passeajingeng. Kertas keraja ini akan membincangkan lebih mendalam tentang konsep wanua dan palili di Konfederasi Ajatappareng seperti palili passeajingeng, palili bassi dan palili napanoq rakkalana.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ajatappareng; hubungan kekuasaan; konfederasi; palili; Sulawesi Selatan; wanua |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5654 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 06 Nov 2012 13:46 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page