Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak

Rosniza Aznie Che Rose, and Rozalini, R and Rosmiza Mohd Zainol, and Abd Rahim Md Nor, and Novel Lyndon, and Mohd Fuad Mat Jali, and Mohd Azlan Abdullah, (2012) Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 125-134. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
863kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi Taman Rekreasi Air Panas (TRAP ) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah sebagai produk pelancongan FELDA, meneliti aktiviti rekreasi dan daya tarikan yang terdapat di TRAP, menilai kemudahan dan persekitaran yang disediakan, dan menilai persepsi pelancong terhadap TRAP. Seramai 50 orang pelancong yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Kaedah kaji selidik digunakan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancong yang datang ke TRAP bertujuan untuk bermandi-manda, melakukan aktiviti merebus telur, berjalan di laluan titi kayu sambil memerhatikan flora, fauna dan sumber mata air panas yang menjadi terapi sauna semulajadi ketika berjalan di laluan titi kayu tersebut. Pelancong yang datang kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan terdapat juga segelintir pelancong yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan pengangkutan, kemudahan rekreasi, penginapan dan bayaran masuk. Walau bagaimanapun, pelancong masih lagi ingin berkunjung ke TRAP memandangkan destinasi ini menarik dan berpotensi untuk maju di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:air panas; ekopelancongan; FELDA; rekreasi; tarikan; TRAP
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5657
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Nov 2012 07:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page