Mohd Azlan Abdullah, and Noraziah Ali, and Rosniza Aznie Che Rose, and Mohd Fuad Mat Jali, and Azahan Awang, (2012) Industri pelancongan dan alam sekitar di Port Dickson: menyorot titik keseimbangan antara permintaan dan penawaran. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 135-146. ISSN 2180-2491
|
PDF
236kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Industri pelancongan bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber yang tidak ternilai. Dalam perkembangan dan pembangunan sektor pelancongan di Malaysia, peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, pemakanan, rekreasi, tandas / persalinan dan sebagainya. Kesemuanya telah membawa perubahan persekitaran yang adakalanya menjejaskan ekosistem kawasan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti saling hubungan industri pelancongan dan persekitaran di Port Dickson. Didapati faktor fizikal, pengurusan oleh MPPD, peniaga / pengusaha dan pelancong sebagai pengguna bertanggung jawab ke atas kualiti pantai Port Dickson. Implikasi tekanan penduduk, sifat pengotor pengujung, peniaga / pengusaha yang mengutamakan keuntungan, kelemahan perancangan dan penguatkuasaan penjagaan alam sekitar mungkin memudaratkan ekosistem pantai jika langkah sesuai tidak diambil. Dalam konteks saling hubungan tersebut produk bernilai yang dinikmati oleh para pelancong seharusnya tidak terjejas bagi memastikan Port Dickson kekal sebagai destinasi pelancongan mapan untuk jangka panjang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | daya tampung; ekosistem pantai; industri pelancongan; kemudahan pelancongan; pelancongan mapan; Port Dickson |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5658 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 07 Nov 2012 07:42 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page