Persepsi pelancong terhadap agensi pelancongan di Langkawi Geopark

Rosniza Aznie Che Rose, and Ahmad Mustaqim, M and Abd Rahim Md Nor, and Rosmiza Mohd Zainol, and Novel Lyndon, and Mohd Azlan Abdullah, (2012) Persepsi pelancong terhadap agensi pelancongan di Langkawi Geopark. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 147-154. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
942kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha membina, memperluas dan mempelbagaikan asas ekonomi negara dalam sektor perkhidmatan agar sektor ini menjadi lebih dinamik, progresif dan berdaya maju. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi dan tingkat kepuasan pelancong terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan Bumiputera di kawasan kajian. Lazimnya setiap perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk mengadakan lawatan ulangan atau sebaliknya. Kajian dilakukan di pintu masuk utama pulau ini iaitu di terminal jeti, lapangan terbang Langkawi dan sekitar pantai Chenang melalui set soal selidik disediakan kepada pelancong yang bekunjung ke Langkawi. Hasil kajian mendapati harga yang ditawarkan oleh agensi pelancong tidak menyenangkan pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini terutama semasa musim perayaan atau cuti umum. Faktor-faktor penyelarasan harga dan pelbagai faktor lain perlu dibuat bagi memastikan bilangan pelancong lebih berpuas hati untuk menggunakan agensi pelancongan ini.

Item Type:Article
Keywords:agensi pelancongan; Bumiputera; Langkawi; pelancongan; perkhidmatan pelancongan; potensi pelancongan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5659
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Nov 2012 07:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page