Wanita bekerja dan pengurusan keluarga

Noor Rahamah Hj Abu Bakar, (2012) Wanita bekerja dan pengurusan keluarga. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 155-162. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
177kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Wanita bekerja sering menghadapi dilema dalam membahagikan tugas mereka di pejabat dan menguruskan rumah tangga. Dari segi ekonomi, mereka terpaksa bekerja bagi membantu menambah pendapatan suami memandangkan perbelanjaan semakin bertambah. Justera itu, makalah ini membincangkan cara pengurusan wanita bekerja di tempat kerja dan juga pengurusan rumah tangga. Unit sampel adalah sebanyak 12 buah keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan dan pemilihan berdasarkan teknik snowball. Daripada 12 buah unit keluarga atau 36 responden, sebanyak tujuh orang responden yang pernah bekerja dan sembilan orang yang masih bekerja dipilih sebagai responden. Maklumat diperolehi melalui temu bual mendalam dengan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaum wanita bekerja menghadapi masalah dalam melakukan tugasan di rumah dan juga di tempat kerja. Mereka terpaksa memikul beban kerja yang banyak di rumah dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan semua kerja dalam satu masa termasuk menjaga anak-anak. Di tempat kerja pula, mereka menghadapi beberapa masalah seperti prosedur kenaikan pangkat yang tidak adil dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai ragam.

Item Type:Article
Keywords:kenaikan pangkat; latihan; peluang kerjaya;pengurusan keluarga; pengurusan tugas; sistem mentoring
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5660
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Nov 2012 07:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page