Peranan budaya terhadap penyertaan lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan

Novel Lyndon, and Sivapalan Selvadurai, and Mohd Fuad Mat Jali, and Amriah Buang, and Mohd. Helmi Abdul Rahim, (2012) Peranan budaya terhadap penyertaan lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 163-172. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
203kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Budaya memainkan peranan yang penting dalam menentukan ideologi gender seseorang individu, terutama bagi mentakrifkan hak-hak, tanggungjawab serta tingkah laku yang sesuai untuk wanita dan lelaki. Budaya juga turut berpengaruh ke atas tahap penyertaan dan pencapaian akademik seseorang mengikut gendernya. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh budaya dalam penyertaan dan pencapaian akademik lelaki dan wanita Bidayuh. Kajian ini menggunakan strategi penyelidikan fenomenologi kerana ia memberi tumpuan kepada pengalaman hidup seseorang. Oleh itu, dalam kajian ini perbezaan dalam pencapaian akademik lelaki dan wanita Bidayuh telah dibina dari pandangan dunia masyarakat Bidayuh itu sendiri dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Data telah dikumpul melalui temu bual mendalam dengan 50 orang responden. Analisis menunjukkan bahawa ibu-bapa dan masyarakat Bidayuh mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap wanita, membezakan pemberian insentif dan galakan untuk belajar yang mengutamakan lelaki, menyebabkan pencapaian positif pendidikan kaum lelaki. Implikasinya, jika wanita Bidayuh berhadapan dengan dua peranan iaitu menjaga anakanak mereka dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang produktif, keutamaan harus diberikan kepada peranan reproduktif keluarga dan bukannya dalam aktiviti ekonomi yang produktif. Bagi tujuan mencapai pembangunan yang berterusan dalam kalangan masyarakat Bidayuh, akses yang sama tanpa mengira gender kepada peluang pekerjaan dan pendapatan wajar diutamakan.

Item Type:Article
Keywords:Bidayuh; budaya; komuniti luar bandar; paradigma fenomenologi; pencapaian pendidikan; penyertaan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5661
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Nov 2012 08:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page