Analisis persepsi masyarakat setempat terhadap impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor

Er, Ah Choy and Mohd Faizal Abdul Rashid, and Katiman Rostam, and Aishah@Eshah Mohamed, and Abd Rahim Md Nor, (2012) Analisis persepsi masyarakat setempat terhadap impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (7). pp. 183-195. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
666kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Artikel ini menganalisis persepsi penduduk setempat di kawasan perumahan di WPI, Johor terhadap perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar dan komuniti. Analisis tersebut merangkumi keberkesanan langkah penguatkuasaan undang-undang alam sekitar oleh pihak kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan IRDA; juga impak pembangunan di WPI ke atas kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat. Penyelidikan ini menggunakan kaedah suvei berasaskan kaji selidik dan pemerhatian untuk memperoleh data. Teknik persampelan campuran dipilih bagi mengenal pasti kawasan yang didiami penduduk asal dan responden yang mempunyai pengetahuan lokal. Hasil analisis menunjukkan bahawa masyarakat setempat mempunyai variasi persepsi yang tinggi bagi impak pembangunan perindustrian secara keseluruhan terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor. Mereka berpandangan bahawa, walaupun program pembangunan IRDA meninggalkan impak negatif terhadap alam sekitar dan keselamatan komuniti, tetapi banyak kesan positif yang sangat berfaedah kepada masyarakat setempat.

Item Type:Article
Keywords:impak pembangunan; Johor; masyarakat setempat; persepsi; program pembangunan; Wilayah Pembangunan Iskandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5663
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Nov 2012 08:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page