Penentuan faktor yang mempengaruhi daya dan taburan tegasan semasa pemesinan besi tuangan mulur (FCD 500) secara simulasi

Aminah Ishak, and Jaharah A.Ghan, and Che Hassan Che Haron, (2012) Penentuan faktor yang mempengaruhi daya dan taburan tegasan semasa pemesinan besi tuangan mulur (FCD 500) secara simulasi. Sains Malaysiana, 41 (12). pp. 1605-1612. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kaedah unsur terhingga (FEM) berdasarkan pemodelan dan simulasi proses pemotongan telah menarik minat ramai penyelidik secara berterusan untuk mengkaji lebih mendalam terutamanya mengenai penjanaan daya dan suhu di dalam zon pemotongan yang sebelum ini tegasan tidak boleh diukur secara langsung. Dalam kajian ini, simulasi proses pemotongan ortogon besi tuang mulur (FCD 500) menggunakan mata pemotong karbida pada pelbagai keadaan angin sejuk telah dikaji. Perisian DEFORM digunakan untuk menjalankan simulasi proses pemotongan ortogon dengan laju pemotongan (100-300 m/min), kadar suapan (0.15-0.35 mm/pus), kedalaman pemotongan (0.2-0.8 mm) dan suhu angin sejuk (2o -25oC). Mata pemotong mempunyai jejari hidung mata pemotong 0.4 mm, sudut sadak, α =5o dan sudut kelegaan, β = 7o. Reka bentuk uji kaji adalah menggunakan kaedah Taguchi dalam tatasusunan ortogon L9, nisbah S/N dan analisis Pareto ANOVA digunakan untuk menganalisis kesan parameter pemotongan terhadap hasil pemesinan iaitu daya, tegasan dan suhu semasa pemesinan. Keputusan menunjukkan kadar suapan memberikan pengaruh yang paling tinggi (96.12%) terhadap daya pemotongan. Tegasan pemotongan paling dipengaruhi oleh kadar suapan iaitu 78.87%. Kajian ini telah membuktikan, banyak masa, kos dan tenaga dapat dijimatkan dalam mengkaji kebolehmesinan sesuatu bahan secara simulasi berbanding dengan kaedah eksperimen, di samping keputusan yang tepat diperoleh.

Item Type:Article
Keywords:Alat pemotong karbida; besi tuangan mulur (FCD 500); daya pemotongan; tegasan pemotongan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5679
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:26 Nov 2012 04:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page