Mohammad Taqiuddin Mohamad, and Joni Tamkin Borhan, and Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad, (2012) Kelakuan perbankan Islam dalam menguruskan pembiayaan di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance, 3 . pp. 29-38. ISSN 2180-3838
|
PDF
255kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ajag/issues.html
Abstract
Kajian ini menganalisis pengaruh spesifikasi bank, perubahan dasar kewangan dan persekitaran ekonomi ke atas kelakuan bank Islam dalam menawarkan pembiayaan. Perubahan yang berlaku dalam petunjuk di atas lazimnya akan mendorong bank membuat pertimbangan berhubung jumlah pembiayaan yang ditawarkan dengan objektif memaksimumkan keuntungan dan pada masa sama meminimumkan kemungkiran. Kajian ini mengguna pakai kaedah anggaran data panel untuk tempoh 1994-2010 bagi 17 bank Islam di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa corak dan kelakuan bank Islam dalam menawarkan pembiayaan dipengaruhi oleh faktor spesifikasi bank seperti tingkat pembiayaan masa lalu, pendedahan kepada risiko, tingkat saiz dan struktur permodalan. Manakala bagi faktor dasar kewangan pula, kelakuan pembiayaan bank Islam dipengaruhi oleh pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti kerajaan Malaysia. Bagi faktor persekitaran ekonomi, kajian tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan kelakuan pembiayaan oleh bank Islam di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembiayaan; perbankan Islam |
Journal: | Asian Journal of Accounting and Governance |
ID Code: | 5689 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 06 Dec 2012 01:44 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page