Pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir

Aini Aman, and Rosma Nadianti Risman, (2012) Pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Asian Journal of Accounting and Governance, 3 . pp. 39-47. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://www.ukm.my/ajag/issues.html

Abstract

Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembekal perkhidmatan. Kertas kerja ini juga membincangkan bagaimana syarikat tersebut mengatasi cabaran pengurusan pengetahuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes intepretif sebuah syarikat UK yang beroperasi di Malaysia. Kertas kerja ini meninjau aspek pengurusan pengetahuan dalam setiap kitar penciptaan, penyimpanan, pemindahan dan aplikasi pengetahuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam pengurusan pengetahuan ialah kesukaran untuk melatih pekerja baharu dan antara kaedah utama yang digunakan untuk mengatasi cabaran ini adalah melalui latihan tidak formal. Dapatan awal kajian ini turut menyumbang kepada teori tentang peningkatan bakat melalui amalan pendokumentasian dan latihan tidak formal. Secara praktis pula, ia mengetengahkan mekanisma pengurusan pengetahuan yang boleh diguna pakai oleh syarikat pembekal bersaiz kecil untuk menguruskan pengetahuan secara lebih berkesan, terutamanya dalam industri perkhidmatan penyumberan luar perakaunan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan pengetahuan; penyumberan luar perakaunan luar pesisir; e-Invois
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:5690
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Dec 2012 02:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page