Melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat: peranan Institusi Masjid di Malaysia

Hairunnizam Wahid, and Sanep Ahmad, and Radiah Abdul Kader, (2012) Melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat: peranan Institusi Masjid di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance, 3 . pp. 71-83. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
355kB

Official URL: http://www.ukm.my/ajag/issues.html

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kemungkinan melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah pengagihan zakat di Malaysia dan seterusnya meneliti peranan institusi masjid untuk melaksanakannya. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa memungut dan mengagih zakat dan menyerahkan tugas memungut zakat kepada amil dan kakitangan institusi zakat di sesuatu mukim untuk diagihkan kepada asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu ditinjau dari sudut peranan institusi masjid sebagai institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam setempat. Beberapa pembolehubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap institusi masjid, terutamanya dalam memartabatkan peranan institusi masjid dari sudut pengurusan zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara peranan masjid dengan cadangan lokalisasi pengagihan zakat, dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah sangat ketara dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Lokalisasi pengagihan zakat; institusi masjid; amil; penerima zakat
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:5693
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Dec 2012 03:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page