Publisiti oleh peguam: profesionalisme lwn. komersialisme

Harlina Mohamed On, (2012) Publisiti oleh peguam: profesionalisme lwn. komersialisme. Asian Journal of Accounting and Governance, 3 . pp. 85-98. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
288kB

Official URL: http://www.ukm.my/ajag/issues.html

Abstract

Kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman di seluruh dunia secara tradisinya mengandungi banyak larangan dan sekatan. Disebabkan amalan guaman dianggap sebagai terhormat dan merupakan suatu bentuk perkhidmatan awam, tradisi melarang peguam mencari klien dan memandang rendah terhadap segala amalan berbentuk komersial dan persaingan di kalangan peguam, lantaran ia dikatakan boleh memudaratkan profesionalisme peguam. Namun begitu, semenjak tiga dekad yang lalu, larangan dan sekatan dalam kaedah publisiti mula diliberal secara beransur-ansur di negara luar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, disebabkan ia boleh menghalang kecekapan dan inovasi dalam memasar dan menyediakan perkhidmatan. Makalah ini menelusuri hujah teoritisyang diperdebat di negara luar tersebut berhubung kesan publisiti oleh peguam terhadap profesionalisme. Memandangkan isu ini masih belum diberi perhatian di Malaysia dan kaedah publisiti yang mengawal peguam tempatan masih berada di takuk lama, penulis telah menjalankan soal selidik berkaitan persepsi peguam Malaysia berhubung kesan publisiti terhadap profesionalisme. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti peguam Malaysia bersetuju bahawa publisiti oleh peguam tidak akan menjejaskan profesionalisme jika ia dilakukan dalam wadah yang terkawal. Justeru, terdapat keperluan di pihak Majlis Peguam untuk membangunkan kaedah publisitinya dengan lebih konsisten dan mengawal pelaksanaannya agar ia tidak mengorbankan nilai-nilai profesionalisme.

Item Type:Article
Keywords:Profesion guaman; tradisi; kaedah publisiti; profesionalisme; komersialisme
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:5694
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Dec 2012 03:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page