Normastura, A.R and Norhayani, Z and Azizah, Y and Mohd Khairi, M.D (2013) Saliva and dental caries in down syndrome children. Sains Malaysiana, 42 (1). pp. 59-63. ISSN 0126-6039
|
PDF
232kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kaitan antara karies pergigian dengan ciri-ciri air liur (kadar aliran dan pH) dalam kalangan kanak-kanak Sindrom Down. Kajian hirisan lintang ini telah dilakukan ke atas 53 kanak-kanak Sindrom Down di beberapa pusat Sindrom Down di Kelantan. Data sosio demografi, kadar aliran air liur dan pH waktu rehat dan pemeriksaan pergigian dilakukan. Kadar pengalaman karies diukur berdasarkan indek karies, kehilangan gigi dan tampalan (DMFT) untuk gigi kekal dan karies dan tampalan (dft) untuk gigi susu. Purata umur kanak-kanak terlibat ialah 11.7 (SD 5.51) dan 98.1% daripada mereka adalah Melayu. Prevalen karies gigi untuk gigi susu dan kekal ialah 57% (95% CI: 43%-70%) dan 74% (95% CI: 61%-86%). Purata dft ialah 4.2 (SD 5.66) dan DMFT ialah 4.7 (SD 4.97). Purata kadar air liur ialah 0.19 (SD 0.10) mL/min manakala pH ialah 6.2 (SD 0.45). Tiada perbezaan yang signifikan dalam kadar aliran air liur waktu rehat dan pH dalam kedua-dua kumpulan berkaries rendah dan tinggi (p>0.05) pada gigi susu dan kekal. Prevalen karies gigi susu adalah lebih rendah berbanding dengan gigi kekal. Kadar aliran air liur dan pH tidak menentukan pengalaman karies.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Caries; saliva flow rate; salivary pH; Trisomy 21 |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 5705 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 13 Dec 2012 03:38 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page