Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk.

Noor Aini Ahmad, and Zamri Mahamod, and Zahara Aziz, (2012) Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 11-18. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

184kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan turut mendapat peluang untuk belajar dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan menggunakan bahasa isyarat sendiri. Perkara ini tentu menyukarkan mereka kerana tidak boleh berinteraksi secara bebas dengan orang di sekeliling mereka. Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang mereka hadiri jika guru dan murid menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam proses P&P. Satu kajian kualitatif telah dijalankan secara naratif inkuiri sebagai kaedah kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan analisis bukti dokumen. Hasil kajian mendapati murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan belajar kemahiran bahasa menggunakan isyarat tangan dan berbantukan gambar yang mana boleh dianggap sebagai kaedah tradisional. Proses P&P kemahiran bukan lisan dapat dijalankan dengan lebih berkesan jika guru dapat menguasai dan mempunyai pengetahuan berkaitan terapi pertuturan. Sebagai cadangan, komunikasi augmentatif dan alternatif boleh digunakan sebagai satu pendekatan pengajaran untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan. Bagi melaksanakannya sebagai inovasi P&P, ibu bapa, guru-guru Pendidikan Khas dan Pembantu pengurusan murid perlu diberi pengetahuan menerusi siri latihan dan bengkel

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi augmentatif dan alternatif; murid-murid bermasalah pembelajaran; kemahiran bahasa; terapi pertuturan.
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5716
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Dec 2012 07:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page