Keperihatinan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Sharifah Nor Puteh, and Nor Adibah Ghazali, and Mohd Mahzan Tamyis, and Aliza Ali, (2012) Keperihatinan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 19-23. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

234kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Artikel ini membincangkan hasik kajian untuk menilai keperihatinan Guru Bahasa Melayu menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) sebagai aspek kurikulum yang perlu disepadukan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian kes yang berbentuk evaluatif ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) melibatkan tiga subjek kajian untuk dua dimensi CBAM; iaitu menilai peringkat keperihatinan dan tahap penggunaan. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bertujuan untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan dan tafsiran data dibuat berdasarkan skor bagi setiap peringkat keprihatinan bagi menghasilkan satu profil Peringkat Keprihatinan setiap subjek kajian. Manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual berstruktur dengan subjek kajian. Dapatan kuantitatif menunjukkan skor min tertinggi bagi Kesedaran (Peringkat 0), diikuti oleh Pemfokusan Semula (Peringkat 6) dan Informasi (Peringkat 1). Profil Peringkat Keprihatinan sedemikian menunjukkan guru Bahasa Melayu lebih menumpukan kepada keprihatinan kendiri (self-concern) dalam amalan melaksanakan KBKK namun masih berminat untuk mengetahui dan mempelajari aspek-aspek berkaitan KBKK, penggunaan KBBK dan kesan penggunaan KBBK ke atas pelajar. Manakala dapatan kualitatif menunjukkan subjek kajian berada pada Tahap III (Penggunaan Mekanikal) di mana KBKK diserapkan secara tidak terancang. Hasil kajian menggambarkan KBBK masih belum lagi direalisasikan dengan berkesan dan memerlukan program intervensi untuk membantu guru melaksanakan KBKK.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif; pelaksanaan kurikulum; inovasi kurikulum; keprihatinan; Concerns-based Adoption model (CBAM)
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5717
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Dec 2012 08:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page