Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam

Yahya Othman, and Azmey Hj Othman, (2012) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 32-45. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

242kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan peta minda terhadap pencapaian penulisan karangan argumentatif para murid di salah sebuah sekolah menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan ke atas murid menengah Tahun 10.Seramai 22 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 21 orang murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta minda. Data diperoleh daripada pra dan pasca ujian serta temu bual murid. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penulisan karangan argumentatif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pra dan pasca ujian dengan nilai t = -11.346, p < 0.05.Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan ketiga-tiga sub kemahiran penulisan karangan dalam pasca ujian antara sampel kumpulan eksperimen dan sampel kumpulan kawalan. Tiga sub kemahiran tersebut ialah penguasaan aspek isi (nilai t = -8.100, p < 0.05), bahasa (nilai t = -7.512, p < 0.05) dan juga teknik (nilai-t = -3.858, P < 0.005) penulisan karangan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan agrumentatif murid.

Item Type:Article
Keywords:Karangan argumentatif; peta minda; kemahiran menulis; kajian kuasi eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5718
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Dec 2012 08:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page