Abdul Rasid Jamian, and Norhashimah Hashim, and Shamsudin Othman, (2012) Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 46-53. ISSN 2180-4842
PDF
Restricted to Repository staff only 192kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Abstract
Kajian ini bertujuan memperoleh dapatan tentang penggunaan multimedia interaktif terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Responden kajian terdiri daripada 40 orang murid tingkatan satu di empat buah sekolah menengah di Kedah. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata. Soal selidik telah dihantar ke sekolah yang mempunyai murid-murid yang mengikuti PROBIM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi kemahiran membaca memperoleh min yang positif iaitu 4.03 (SP=.55). Seterusnya dapatan dari segi penggunaan multimedia interaktif membantu mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif memperoleh min 4.32 (SP = 46). Di samping itu juga responden menyatakan bahawa multimedia interaktif adalah bahan bantu mengajar yang berkesan memperoleh min 4.24 (SP= .47). Kesimpulannya, menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajaran dan pembelajaran; pembelajaran kemahiran membaca; multimedia interaktif; pembelajaran menyeronokan. |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 5719 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 13 Dec 2012 08:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page