Aplikasi pembelajaran jigsaw 11 dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu

Yusfaiza Yusuff, and Mohd Isha Awang, (2012) Aplikasi pembelajaran jigsaw 11 dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 62-70. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

204kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Penulisan karangan adalah komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan kemahiran yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya akan turut terjejas. Pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II mampu untuk membantu pelajar menguasai kemahiran penulisan karangan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid terhadap pembelajaran Jigsaw II dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan seramai 60 orang responden yakni, 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 30 orang kumpulan eksperimen. Soal selidik tentang sikap dan dua siri ujian penulisan karangan sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II digunakan. Kajian mendapati murid menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran menggunakan Jigsaw II dan ujian-t yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan pembelajaran tersebut terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan responden

Item Type:Article
Keywords:Jigsaw; karangan; kemahiran menulis; pembelajaran koperatif
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5721
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Dec 2012 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page