Teknik 'salak'dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif

Rahman Haron, A and Zamri Mahamod, and Mohamed Amin Embi, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, and Syarifah Nor Puteh, and Jamaludin Badusah, (2012) Teknik 'salak'dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 84-93. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

318kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Teknik SALAK diperkenalkan kepada murid tahun satu untuk melihat keberkesanan mereka dalam membina ayat berdasarkan grafik yang diberi dengan pendekatan didik hibur. SALAK adalah akronim daripada perkataan (S) bagi ‘Siapa’, (A) bagi ‘Aktiviti’, (L) bagi ‘Lokasi’, (A) bagi ‘Alatan’ dan (K) merujuk kepada ‘Keterangan’. Reka bentuk penyelidikan berdasarkan kajian ke atas murid-murid tahun satu di empat buah sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 8 jenis ayat yang boleh dibina dengan teknik ini. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat yang dibina beransur maju daripada mudah hinggalah kepada ayat yang lebih kompleks. Murid tahun satu daripada pelbagai tahap sama ada aras lemah, sederhana dan cemerlang boleh mengaplikasikan teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif

Item Type:Article
Keywords:keberkesanan; didik hibur; akronim; stereotaip dan mengaplikasikan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5723
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Dec 2012 07:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page