Kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu murid pemulihan sekolah rendah

Abdull Sukor Shaari, and Kalaidevi A/P Aplanaidu, (2012) Kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu murid pemulihan sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (2). pp. 94-105. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
230kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap pencapaian dalam kemahiran membaca murid pemulihan di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan pasca kepada 60 murid pemulihan yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah di dua buah sekolah luar bandar di Kedah. Sampel kajian sekolah A dipilih sebagai Kumpulan Eksperimen manakala sampel kajian sekolah B sebagai Kumpulan Kawalan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS). Analisis statistik inferensi ujian-t digunakan untuk membandingkan min-min pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis ujian-t kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan pendekatan masteri menunjukkan skor penguasaan yang lebih tinggi dalam kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan konvensional.

Item Type:Article
Keywords:pendekatan pembelajaran masteri; kemahiran membaca; pemulihan; kuasi eksperimen; Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:5724
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Dec 2012 08:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page