Pengaruh populariti calon, sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah (Influence of candidates’ popularity, national sentiment and development in the by-election of P185 Batu Sapi, Sabah)

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Novel Lyndon, (2012) Pengaruh populariti calon, sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah (Influence of candidates’ popularity, national sentiment and development in the by-election of P185 Batu Sapi, Sabah). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 23-34. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
241kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi yang diadakan pada 4 November 2010 berlangsung berikutan kematian penyandangnya iaitu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54 tahun pada 9 Oktober 2010. PRK ini melibatkan pertandingan tiga penjuru, iaitu antara Barisan Nasional (BN) diwakili oleh balu mendiang Datuk Edmund iaitu Linda Tsen Thau Lin; Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwakili oleh Ansari Abdullah; dan Parti Maju Sabah (SAPP) diwakili oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee. Artikel ini bertujuan menganalisis pengaruh populariti calon di samping sentimen pembangunan dan kenegerian dalam mencorakkan pola pengundian dalam PRK di Batu Sapi. Menggunakan data sekunder dan pemerhatian di lapangan, kajian ini mendapati bahawa pola pengundian menunjukkan pengundi Bumiputera Islam cenderung dipengaruhi oleh sentimen politik pembangunan; manakala pengundi Cina cenderung sama ada kepada PKR yang bergantung kepada sentimen politik nasional (tsunami politik PRU 2008) atau SAPP yang popular sebagai bekas Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan isu kenegerian “Sabah untuk rakyat Sabah”. Justeru, majoriti 60.1 peratus pengundi Bumiputera Islam daripada keseluruhan pemilih di Batu Sapi telah mempengaruhi keputusan PRK ini yang memihak kepada BN dengan majoriti 6,359 undi. Secara realitinya sentimen politik pembangunan masih menjadi pertimbangan utama pengundian dalam kalangan pengundi di Batu Sapi.

Item Type:Article
Keywords:pilihan raya kecil; pola pengundian; politik pembangunan; populariti; pengundi; sentimen
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5728
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 03:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page