Dilema perumahan penduduk tempatan Bukit Fraser dalam arus pembangunan ekopelancongan (Ecotourism development and the housing dilemma of the local community: the case of Fraser’s Hill)

Rosniza Aznie Che Rose, and Asmah Ahmad, and Zaini Sakawi, and Abd Rahim Md Nor, and Rosmiza Mohd Zainol, and Novel Lyndon, and Mohd Fuad Mat Jali, and Jumaat A, and Er, Ah Choy and Mohd Yusof Hussain, (2012) Dilema perumahan penduduk tempatan Bukit Fraser dalam arus pembangunan ekopelancongan (Ecotourism development and the housing dilemma of the local community: the case of Fraser’s Hill). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 47-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Konsep perumahan bukan hanya setakat menyediakan tempat berteduh, tetapi mencakupi komponen prasarana/infrastruktur, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial, alam persekitaran dan komuniti. Setiap komponen yang tersenarai memerlukan perancangan penyediaan dan pengagihan supaya kawasan perumahan memenuhi kehendak penduduknya kerana ia melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik akibat beberapa kriteria yang seragam dalam lingkungan yang dibentuk. Tujuan kajian ini ialah memantau kesejahteraan penduduk tempatan dalam aspek perumahan di Bukit Fraser yang merupakan destinasi eko pelancongan tersohor di negeri Pahang. Kajian mendapati saiz rumah, reka bentuk rumah, susunatur perumahan, rekabentuk jalanraya, bilangan lampu jalan, kemudahan tempat beribadah, kemudahan tempat pembuangan sampah sarap berpusat dan berhampiran kawasan tempat tinggal, dan kemudahan bagi penduduk lama sebagai faktor-faktor perumahan yang mempengaruhi kualiti kesejahteraan hidup penghuni di Bukit Fraser.

Item Type:Article
Keywords:Bukit Fraser; eko pelancongan; kesejahteraan; pelancongan; pembangunan; perumahan penduduk
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5730
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 03:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page