Pendapat politik awam pra-Pilihan Raya Umum ke-13 di Kedah (Pre- 13th national elections public political opinion in Kedah)

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Mohd Jalaluddin Hashim, and Novel Lyndon, and Viknesh a/l Ramachandran, (2012) Pendapat politik awam pra-Pilihan Raya Umum ke-13 di Kedah (Pre- 13th national elections public political opinion in Kedah). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 55-64. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kedah adalah sebuah negeri yang unik politiknya kerana kekuatan sokongan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) dan PAS/PKR adalah seimbang. Justeru, sokongan pengundi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kemenangan parti berkenaan. Justeru, kertas persidangan ini bertujuan untuk mengkaji pendapat awam di Kedah dari segi kriteria pemimpin dan parti politik pilihan pengundi, isu-isu setempat, prestasi kepimpinan dan jangkaan parti yang akan menang dalam PRU akan datang. Kajian yang menggunakan metod temubual bersemuka ini melibatkan 600 orang responden terdiri daripada pengundi di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih di Kedah yang dijalankan pada 6 April sehingga 9 April 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 91 peratus responden/pengundi mahukan pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat; parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan seperti ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan anti rasuah (85 peratus) dan menyokong gagasan 1Malaysia dan usaha transformasi oleh Perdana Menteri (70 peratus). Isu ekonomi menjadi perbualan utama pengundi di Kedah dan mereka berpuasa hati dengan kepemimpinan di negeri Kedah dan di peringkat Persekutuan. Kajian juga menunjukkan bahawa BN terus mendapat sokongan responden (52 peratus di peringkat Parlimen dan 49 peratus di peringkat DUN), namun mereka menjangkakan Kerajaan PR negeri Kedah masih dapat bertahan (49 peratus, berbanding BN 47 peratus), sebaliknya BN masih terus menang di peringkat Persekutuan (73 peratus).

Item Type:Article
Keywords:kepimpinan politik; kriteria pemilihan calon; parti politik; pendapat awam; pilihan raya umum; prestasi politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5731
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 03:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page