UKM sebagai kampus lestari: tinjauan awal pengetahuan, kesedaran dan penglibatan pelajar dan kakitangan di Kampus UKM Bangi (The UKM as a sustainable campus: A preliminary inquiry into the knowledge, awareness, and participation of students and staff in the Bangi campus)

Norfadillah Derahim, and Halimaton Saadiah Hashim, and Noraziah Ali, and Sarah Aziz, (2012) UKM sebagai kampus lestari: tinjauan awal pengetahuan, kesedaran dan penglibatan pelajar dan kakitangan di Kampus UKM Bangi (The UKM as a sustainable campus: A preliminary inquiry into the knowledge, awareness, and participation of students and staff in the Bangi campus). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 76-90. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
256kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pada tahun 2007, UKM telah melancarkan Program UKM Lestari bertujuan untuk merialisasikan pembangunan lestari yang berteraskan pengintegrasian dan pembangunan keseluruhan universiti. Pelbagai usaha penyelidikan dan pembangunan telah dilaksanakan oleh Kelompok Penyelidikan Kampus Lestari menerusi Program UKM Lestari. UKM juga telah melancarkan Piagam UKM Lestari yang merupakan iltizam universiti untuk mengamalkan pembangunan lestari sepenuhnya menjelang 2020 dan menggariskan beberapa prinsip dan program perlaksanaan. Untuk menjayakan usaha ini, UKM memerlukan sebuah komuniti yang bukan sahaja memahami dan menyedari tentang pembangunan lestari dan kepentingannya, bahkan mengamalkan budaya kelestarian dalam kehidupan seharian untuk membantu menyokong idea pembangunan kampus lestari di UKM. Golongan kakitangan dan pelajar merupakan salah satu daripada komuniti penting di UKM, tambahan pula merupakan komuniti majoriti di universiti. Penyelidikan ini penting untuk mengetahui tahap pengetahuaan, kesedaran dan penglibatan kakitangan dan pelajar UKM terhadap kelestarian. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui tahap kepuasan warga UKM terhadap pengurusan berkaitan kelestarian di universiti. Responden kajian terdiri daripada 425 kakitangan dan 2295 pelajar. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata dari setiap pusat tanggungjawab (PTJ) di kampus induk UKM di Bangi. Hasil kajian mendapati jurang dan kelemahan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar, merupakan cabaran utama kepada pihak pentadbiran UKM ke arah mewujudkan kampus lestari. Sementara bagi tahap pengetahuan dan kesedaran kakitangan berkaitan kelestarian di UKM,adalah di peringkat baik. Pengurusan UKM perlu merangka dan melaksanakan program pembinaan keupayaan kelestarian pelajar dan kakitangan dengan lebih teratur dan berterusan untuk membangunkan sebuah kampus lestari menjelang 2020.

Item Type:Article
Keywords:budaya lestari; kampus lestari; kesedaran alam sekitar; komuniti kampus; pembangunan lestari; pengetahuan lestari
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5733
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 03:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page