Implikasi perubahan struktur ekonomi kepada wanita: situasi di Malaysia (Gender shift and its implications for the Malaysian economic structural change)

Noor Rahamah Hj Abu Bakar, (2012) Implikasi perubahan struktur ekonomi kepada wanita: situasi di Malaysia (Gender shift and its implications for the Malaysian economic structural change). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 96-105. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
167kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada ekonomi perindustrian yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi yang canggih supaya dapat menghasilkan berbagai jenis keluaran, mempunyai rekabentuk yang lebih baik dan kompetitif untuk memenuhi kehendak pasaran global. Makalah ini akan meneliti corak taburan pekerjaan wanita mengikut lima tahap perkembangan sektor perindustrian menggunakan data sekunder. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan beberapa perkara. (1) Terdapat perubahan jelas dalam peranan ekonomi yang dilakukan oleh wanita di Malaysia. Mulai pada tahun 1980an, aktiviti ekonomi wanita sudah berubah daripada penggunaan secara luas sebagai buruh murah dalam kategori pekerjaan pertanian kepada pekerjaan pengeluaran, dan pekeranian. (2) Terdapat kemajuan dalam kualiti pekerjaan wanita seperti mana dicerminkan dengan peningkatan wanita dalam pekerjaan profesional dan pekerjaan pejabat yang lain di mana keadaan kerja dan gaji adalah lebih baik daripada pekerja dalam industri pertanian. (3) Pekerja wanita masih bertumpu dalam pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan “tradisi” seperti pengajar/guru, jururawat, jurutrengkas, dan jurujual. (4) Perubahan yang dapat dilihat dalam struktur pekerjaan wanita yang menunjukan kemunculan corak baru pekerjaan wanita kepada pekerjaan bukan-tradisi seperti pakar undang-undang, pekerja perubatan, jurutera, dan pengurus.

Item Type:Article
Keywords:anjakan pekerjaan; industri berat; industri berorientasi eksport; struktur ekonomi; teknologi maklumat; wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5736
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 04:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page