Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman (The safety issue in the welfare matrix of the urban village community of Alor Setar City, Kedah Darul Aman)

Mohamad Shaharudin Samsurijan, and Mohd Yusof Hussain, and Azima Abdul Manaf, and Rosniza Aznie Che Rose, and Novel Lyndon, and Mohd Fuad Mat Jali, (2012) Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman (The safety issue in the welfare matrix of the urban village community of Alor Setar City, Kedah Darul Aman). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 112-120. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Aspek keselamatan merupakan isu penting dalam kehidupan masyarakat tidak kiralah samada di bandar atau luar bandar. Pengukuran aspek keselamatan ini seringkali digunakan oleh penyelidik sebagai faktor pengukur tahap kesejahteraan hidup penduduk. Kajian ini telah memilih aspek keselamatan sebagai fokus kajian dalam mengukur kesejahteraan hidup penduduk “kampung bandar” di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji persepsi penduduk “kampung bandar” terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dari aspek keselamatan. Seramai 132 responden telah terlibat, yang mana mereka ini terdiri daripada 30% daripada jumlah ketua isi rumah yang telah dipilih secara rawak di kedua-dua kampung berkenaan (81 orang di Kampung Berjaya dan 51 orang di Kampung Mempelam). Kajian ini telah menganalisis tiga peringkat ancaman keselamatan yang sering dihadapi oleh penduduk. Peringkat (i) persepsi penduduk terhadap kejadian bencana alam yang berlaku di kampung itu; (ii) persepsi penduduk terhadap kejadian-kejadian yang boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di dalam kampung dan (iii) persepsi penduduk terhadap tahap keselamatan di dalam kampung berkenaan. Hasil yang diperolehi bagi peringkat (i) penduduk “kampung bandar” berhadapan dengan ancaman banjir; pada peringkat (ii) penduduk “kampung bandar” seringkali diancam ancaman pecah rumah dan ragut; dan pada peringkat (iii) telah menunjukan penduduk di Kampung Mempelam lebih berasa selamat dan paling kurang berhadapan dengan ancaman keselamatan berbanding dengan penduduk di Kampung Berjaya. Ini menunjukan persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka masih memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib.

Item Type:Article
Keywords:komuniti lokal; bencana alam; tanggapan ancaman; keselamatan; kampung bandar; kesejahteraan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5737
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 04:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page