Kemampanan persekitaran klaster sawit: kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor (Environmental sustainability of palm cluster: a case study in and around Carey Island, Selangor)

Er, Ah Choy and Mohd Azlan Abdullah, and Rosmiza Mohd Zainol, (2012) Kemampanan persekitaran klaster sawit: kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor (Environmental sustainability of palm cluster: a case study in and around Carey Island, Selangor). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 121-129. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
268kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Tujuan utama artikel ini adalah untuk menilai kemampanan persekitaran klaster perindustrian minyak sawit di sekitar Pulau Carey, Selangor. Aktiviti utama yang terlibat di peringkat huluan ialah penanaman kelapa sawit dan pengilangan minyak sawit, manakala aktiviti hiliran merangkumi pengilangan isi sawit, penapisan minyak sawit dan pengilangan oliokimia. Kesemua pengusaha yang terlibat, kecuali pengilang isi sawit berada di bawah kumpulan Sime Darby. Berdasarkan lawatan dan pemerhatian yang dilakukan di kawasan berkenaan dan sumber maklumat sekunder, kajian ini mendapati bahawa kehampiran fizikal membolehkan aktviti tersebut menyumbang kepada kecekapan logistik dan jejak karbon yang rendah. Penanaman kelapa sawit menggantikan getah tua di ladang sawit Pulau Carey tidak berhubungkait dengan kontroversi persekitaran yang berkaitan dengan kehilangan hutan dara. Amalan pertanian yang baik, pemeliharaan kepelbagaian-bio dan kelapa sawit sebagai tanaman berhasil tinggi, telah meningkatkan kemampanan persekitaran. Kehampiran fizikal antara ladang dengan kilang minyak sawit telah menyumbang kepada penggunaan sisa seperti POME yang dirawat serta tandan sebagai baja di ladang. Hal tersebut seterusnya menyumbang kepada kemampanan persekitaran melalui intervensi kimia yang minimum. Kehampiran jarak antara ladang dengan kilang minyak sawit juga telah menyumbang kepada peningkatan kualiti minyak serta kadar pengekstrakan minyak dan seterusnya mengecilkan jejak karbon pengangkutan. Bagaimanapun, biogas yang dijana daripada loji rawatan di kilang minyak sawit, pada ketika ini, masih belum digunakan untuk tujuan Pengurangan Emisi Yang Disahkan di bawah Mekanisma Pembangunan Bersih. Begitu juga bagi produk sampingan pepejal seperti gentian dan kulit, sesuai dimajukan untuk nilai tambah produk yang tinggi berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan api pepejal. Pengilangan isi sawit, satu aktiviti hiliran, amat mesra alam kerana penjanaan sisa amat minimum. Manakala bagi aktiviti hiliran seperti penapisan minyak dan pengilangan oliokimia, teknologi rawatan yang sedia ada mampu menyangkal pandangan bahawa aktiviti tersebut menghasilkan bahan pencemar utama. Aktiviti keseluruhan di klaster perindustrian minyak sawit di sekitar Pulau Carey dalam rantaian antara huluan dan hiliran, secara keseluruhannya mencapai kemampanan persekitaran.

Item Type:Article
Keywords:aktiviti huluan dan hiliran; Daerah Kuala Langat dan Klang; jejak karbon; kemampanan persekitaran;kumpulan Sime Darby; perindustrian minyak sawit
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5738
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 04:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page