Taburan semasa pusat membeli-belah di Lembah Klang: satu tinjauan awal (Current distribution of shopping centres in the Klang Valley: a preliminary survey

Mohd Yusof Hussain, and Suraiya Ishak, and Abd Hair Awang, and Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir, and Novel Lyndon, and Rosniza Aznie Che Rose, and Mohd Fuad Mat Jali, and Azima Abdul Manaf, (2012) Taburan semasa pusat membeli-belah di Lembah Klang: satu tinjauan awal (Current distribution of shopping centres in the Klang Valley: a preliminary survey. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 130-137. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
240kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Proses pembangunan pusat membeli-belah di Lembah Klang telah bermula sejak awal tahun 1960-an. Namun, sehingga penghujung tahun 1970-an, pola perletakan pusat ini hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Kepadatan penduduk Kuala Lumpur telah menjadi salah satu faktor penting yang mempengaruhi penumpuan tersebut. Menggunakan data sekunder dan data primer yang diperoleh secara pemerhatian dan kiraan luar, artikel ini bertujuan untuk membincangkan corak taburan pusat membeli-belah di Lembah Klang. Sejak tahun 1980-an, penduduk wilayah di luar Kuala Lumpur mulai meningkat dengan mendadak ekoran proses pembandaran yang pesat. Keadaan ini telah mempengaruhi, seterusnya mengubah pola perletakan pusat membeli-belah di Lembah Klang, iaitu daripada bertumpu di dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur kepada perletakan berselerak di sekitar pusat-pusat pertumbuhan baru di luar bandar raya berkenaan, selaras dengan pola taburan penduduknya.

Item Type:Article
Keywords:Lembah Klang; Kuala Lumpur; pembandaran; perletakan; penduduk; pusat membeli-belah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5739
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 04:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page