Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011)

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Yahaya Ibrahim, and Khaidzir Ismail, and Novel Lyndon, and Noor Aziah Mohd Awal, and Jeniri Amir, and Ahi Sarok, (2012) Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 138-148. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu dan persepsi politik pengundi muda dalam PRU DUN Sarawak 2011. Kajian ini dilakukan di Zon Sarawak Barat. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual tidak formal serta kaji selidik terhadap 1,522 orang responden di 22 kawasan DUN Sarawak. Data sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan isu pembangunan dijadikan modal kempen utama pihak BN manakala parti pembangkang mengetengahkan isu seperti kenaikan harga bahan api dan harga barang dalam kempen mereka. Parti pembangkang juga memanipulasi isu tanah NCR dan rasuah serta kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak dalam siri ceramah politik dan risalah mereka. Rata-rata pengundi muda bersetuju dengan program pembangunan kerajaan namun banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan sokongan pengundi muda, keperluan sosioekonomi golongan muda perlu dipenuhi oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya, pengundi muda menjangkakan BN akan terus menang seterusnya memerintah negeri Sarawak untuk penggal berikutnya.

Item Type:Article
Keywords:Barisan Nasional; belia; isu ekonomi; parti pembangkang; pembangunan; PRU DUN Sarawak 2011
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5740
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 04:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page