Mohd. Nor Shahizan Ali, and Hasrul Hashim, and Sabariah Mohamed Salleh, and Jamaluddin Aziz, and Novel Lyndon, (2012) Dokumentari the Kinta Story (1949): representasi dan konstruksi citra warisan di sebalik teknik penerbitan filem dokumentari sejarah (The Kinta Story (1949): heritage representation and image construction behind a historical documentary film production). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 149-157. ISSN 2180-2491
|
PDF
220kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
The Kinta Story (1949) sebuah karya Filem Negara Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malayan Film Unit) yang mengisahkan perjuangan penduduk, pelombong dan pihak berkuasa (British) dalam mewujudkan skim menghapuskan kekacauan komunis di kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Setiap aspek yang divisualkan dalam filem dokumentari ini menjadi perlambangan kepada perjuangan mereka menentang ancaman pengganas komunis. Teknik penerbitan dianalisis bagi mengenal pasti mesej tertentu yang ingin disampaikan penerbit kepada penonton melalui enam sekuen filem dokumentari tersebut. Rentetan daripada faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna penonton, maka filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah menjadi bahan sampingan secara senyap menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Persoalannya, adakah mesej yang ingin disampaikan oleh filem dokumentari ini melalui teknik penerbitan yang ditampilkan dapat mencapai kumpulan sasarannya? Analisis pembinaan makna di sebalik teknik penerbitan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan Blumenberg (1975), Floch (2000) dan Zettl (2005) yang meliputi jenis syot, pergerakan kamera, kedudukan kamera serta teknik penyuntingan yang digunakan. Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas filem dokumentari tersebut. Hasilnya teknik penerbitan yang digunakan dalam menghasilkan filem dokumentari ini telah berjaya menghasilkan sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskan ancaman komunis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | dokumentari; filem; historiografi; konstruksi makna; representasi makna; teknik penerbitan; warisan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5741 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 17 Dec 2012 05:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page