Pendidikan dan komuniti Bidayuh: kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian (Education and the Bidayuh community – a case of gendered participation and attainment)

Novel Lyndon, and Sivapalan Selvadurai, and Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Rosniza Aznie Che Rose, and Mohd. Nor Shahizan Ali, and Mohd. Helmi Abdul Rahim, (2012) Pendidikan dan komuniti Bidayuh: kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian (Education and the Bidayuh community – a case of gendered participation and attainment). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 170-179. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di Daerah Serian, Sarawak. Faktor-faktor perbezaan ini dibina oleh pandangan dunia atau lebih tepat daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri. Pandangan-pandangan ini telah dikumpul melalui temubual mendalam dengan 50 informan peserta program SPKR (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat). Kajian ini menggunakan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini bermula dengan mendapatkan pelaku sosial untuk mendedahkan tema-tema yang mereka gunakan dalam berbincang mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di dalam pencapaian pendidikan. Analisis menunjukkan bahawa terdapat dua tema utama wanita Bidayuh ketinggalan dalam pendidikan berbanding dengan lelaki. Kedua-dua tema tersebut ialah pengaruh budaya dan latar belakang sejarah.

Item Type:Article
Keywords:budaya orang asli; komuniti Bidayuh; pencapaian pendidikan; perbezaan jantina; sejarah orang asli; strategi penyelidikan abduktif
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5743
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Dec 2012 05:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page