Sabariah Mohamed Salleh, and Mohd. Nor Shahizan Ali, (2012) Konsumsi media dalam kalangan remaja FELDA (Media consumption among FELDA’s adolescents). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (8). pp. 180-186. ISSN 2180-2491
|
PDF
185kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Perkembangan teknologi penyiaran membolehkan informasi beredar dengan lebih pantas. Peningkatan kepada teknologi ini amat penting terutama dalam menyebarkan maklumat serta menjadikan setiap mesej lebih efisien. Kajian mendapati bahawa remaja mudah dipengaruhi oleh mesej-mesej yang disampaikan melalui televisyen. Mesej-mesej yang disampaikan melalui medium ini dikatakan berupaya membentuk persepsi dan perangai remaja. Antara lain, media dianggap berupaya untuk mempengaruhi proses sosialisasi dan kognitif remaja. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengupas fenomena konsumsi media dalam kalangan remaja Malaysia, terutamanya remaja yang tinggal di kawasan FELDA. Rekabentuk kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah pendekatan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan perbincangan kumpulan fokus sebagai instrumen utama. Seramai 20 orang yang terdiri daripada remaja FELDA sekitar Semenanjung Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai informan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan pengaruh media dalam membina konsumsi remaja adalah berada pada tahap yang tinggi. Namun, data juga menunjukkan faktor celik media memainkan peranan yang penting kepada dapatan tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | celik media; FELDA; konsumsi media; penyiaran; remaja; sosialisasi |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5744 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 17 Dec 2012 05:15 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page