Salleh, N.H.M and Othman, R and Idris, S.H.M. (2012) Penglibatan komuniti Pulau Tioman dalam bidang keusahawanan pelancong dan peranan insentif pelancongan. Journal of Tropical Marine Ecosystem, 2 (2). pp. 57-71. ISSN 2231-8062
|
PDF
622kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jtme/index.php
Abstract
Pembangunan pelancongan berasaskan penglibatan komuniti/masyarakat mampu memperkukuhkan industri berkaitan dan institusi kemasyarakatan kerana wujudnya kerjasama antara mereka bagi menonjolkan keunikan yang ada dalam masyarakat dan memperoleh manfaat ekonomi, sosial dan budaya. Kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan komuniti tempatan di Pulau Tioman dalam sektor pelancongan serta mengenal pasti sama ada insentif pelancongan yang disediakan kerajaan membantu pembangunan keusahawanan pelancongan di Pulau Tioman. Hasil kajian mendapati pembangunan pelancongan di Pulau Tioman berjaya melibatkan penyertaan komuniti tempatan dalam sub-sektor penginapan, penyediaan makanan (restoran), perkhidmatan sokongan pelancongan dan sebagainya. Bagaimanapun, didapati insentif yang diberikan kurang membantu membangunkan keusahawanan pelancongan yang diceburi. Ini kerana masih ramai usahawan yang tidak menyedari kewujudan insentif ini, selain tidak mengetahui syarat-syarat untuk mendapatkannya. Selepas diberikan maklumat mengenainya ramai pengusaha berpandangan insentif ini bermanfaat kepada mereka. Bagaimana pun dicadangkan supaya pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan mudah kepada pengusaha pelancongan khususnya dalam sub-sektor penginapan dan pengangkutan yang melibatkan begitu banyak pengusaha.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | keusahawanan; komuniti tempatan; pelancongan; Pulau Tioman |
Journal: | Journal of Tropical Marine Ecosystem |
ID Code: | 5745 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 28 Dec 2012 01:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page