Nilai taksonomi ciri anatomi lamina daun dan adaptasi kepada persekitaran spesies hutan paya bakau (Rhizophoraceae)

Nurnida, M.K and Talip, N and Ruzi, A.R (2012) Nilai taksonomi ciri anatomi lamina daun dan adaptasi kepada persekitaran spesies hutan paya bakau (Rhizophoraceae). Journal of Tropical Marine Ecosystem, 2 (2). pp. 37-44. ISSN 2231-8062

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtme/index.php

Abstract

Kajian ciri anatomi lamina daun telah dijalankan ke atas sebelas spesies daripada empat genus daripada famili Rhizophoraceae di hutan paya bakau. Selain mempunyai ciri yang unik dari segi morfologi, spesies tumbuhan di paya bakau ini juga mempunyai keunikan dari segi anatomi daunnya yang dikatakan berkait rapat dengan persekitarannya, memandangkan tumbuhan ini mendiami habitat yang terdedah kepada kemasinan dan pasang surut air laut. Hasil kajian menunjukkan kehadiran sel hipodermis dan sel rembes, kehadiran kutikel dan selaput berkas sel parenkima adalah serupa atau sama pada kesemua spesies yang dikaji. Kesemua spesies kajian mempunyai satu lapisan sel epidermis kecuali pada spesies Kandelia candel dengan dua lapisan sel epidermis. Kehadiran sel sklereid dan sel rembes pada lamina daun genus Rhizophora merupakan ciri pembeza bagi genus ini dengan genus Kandelia, Bruguiera dan Ceriops daripada famili Rhizophoraceae di kawasan paya bakau. Sel sklereid yang dilihat hadir pada genus Rhizophora adalah daripada jenis osteosklereid dan astrosklereid. Kesimpulannya, kajian anatomi yang dijalankan menunjukkan ciri anatomi tertentu hadir pada spesies hutan paya bakau sebagai salah satu ciri pengubahsuaian terhadap persekitaran yang melampau dan juga mempunyai nilai taksonomi untuk pembezaan genus.

Item Type:Article
Keywords:Rhizophoraceae; anatomi daun; hutan paya bakau; ciri adaptasi
Journal:Journal of Tropical Marine Ecosystem
ID Code:5749
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:28 Dec 2012 02:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page