Kemudahterancaman dan kelestarian hidup komuniti luar bandar: satu penelitian dari sudut kerangka kelestarian hidup

Mustaffa Omar, and Mohd Samsudin, and Ishak Yussof, and Sharina A. Halim, (2012) Kemudahterancaman dan kelestarian hidup komuniti luar bandar: satu penelitian dari sudut kerangka kelestarian hidup. Journal of Tropical Marine Ecosystem, 2 (2). pp. 71-82. ISSN 2231-8062

[img]
Preview
PDF
480kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtme/index.php

Abstract

Kertas ini bertujuan meneliti tahap kemudahterancaman aktiviti ekonomi dan kehidupan komuniti luar bandar di Mukim Penyabung, Mersing, Johor. Dalam membuat penelitian ini, kerangka kelestarian kehidupan (Sustainable Livelihood Framework) telah dijadikan panduan. Selaras dengan kerangka penelitian ini, kemudahterancaman dan kelestarian kehidupan komuniti kajian adalah tertakluk kepada sejauhmanakah penguasaan mereka terhadap beberapa modal berikut: modal fizikal, modal sosial, modal kewangan, modal manusia, dan modal semulajadi. Turut menentukan kemudahterancaman dan kelestarian kehidupan komuniti kajian adalah tekanan dan kejutan daripada faktor-faktor di luar kawalan mereka yang terhasil daripada tindakan manusia, perubahan alam sekitar dan dasar pemerintah. Bahagian akhir penulisan ini pula membincangkan beberapa strategi ke arah menanggani masalah kemudahterancaman tersebut disertai dengan mengemukakan beberapa syor bagi meningkatkan kelestarian hidup dalam kalangan komuniti kajian.

Item Type:Article
Keywords:kemudahterancaman; kelestarian hidup; komuniti luar bandar
Journal:Journal of Tropical Marine Ecosystem
ID Code:5751
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:28 Dec 2012 02:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page