Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses membaca jawi

Khazriyati Salehuddin, (2012) Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses membaca jawi. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (4). pp. 1179-1192. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kurangnya penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya mempopularkan tulisan ini dalam kalangan pelbagai golongan masyarakat. Namun, di sebalik usaha yang bernilai berjuta-juta ringgit tersebut, tulisan Jawi terus dipinggirkan oleh penduduk Malaysia. Sungguhpun adalah penting untuk memastikan bahawa tulisan Jawi terus digunakan dengan meluasnya di negara ini, usaha yang dilakukan oleh pelbagai agensi di negara ini akan menjadi sia-sia jika masyarakat di negara ini terus menganggap tulisan Jawi sebagai satu warisan budaya yang hanya digunakan oleh mereka yang lebih konservatif dalam wacana berbentuk keIslaman. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memahami punca mengapa tulisan Jawi terus dipinggirkan oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Tanpa memahaminya, usaha agensi-agensi yang terlibat untuk mempopularkan tulisan Jawi ini hanya akan menjadi sia-sia. Salah satu cara untuk memahami mengapa Jawi terus dipinggirkan oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia ialah dengan menilai darjah kerumitan kognitif dalam proses membaca tulisan Jawi. Justeru itu, makalah ini membuat penilaian ke atas kerumitan kognitif yang berlaku dalam proses membaca tulisan Jawi dari perspektif psikolinguistik. Perbandingan secara sistematik antara tulisan Jawi dan tulisan Rumi dilakukan menggunakan pendekatan analisis perbandingan antara sistem bahasa Melayu dan sistem bahasa Arab untuk menjelaskan mengapa masyarakat Malaysia, khasnya yang berbangsa Melayu sendiri, tidak berminat dan terus berdolak-dalik untuk menggunakan tulisan Jawi dalam kehidupan harian mereka.

Item Type:Article
Keywords:Jawi; kerumitan kognitif; psikolinguistik; tulisan Arab; warisan bangsa
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:5779
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:31 Dec 2012 03:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page