Wacana pendidikan anak-anak dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan

Mohd Faizal Musa, (2011) Wacana pendidikan anak-anak dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (2). pp. 33-41. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Dalam dunia sastera Malaysia, Mohd Affandi Hassan mengemukakan Gagasan Persuratan Baru yang mementingkan ilmu dan pemikiran sebagai asas pengkaryaan. Beliau menggunakan istilah dan konsep persuratan yang menekankan ilmu untuk membezakan dengan konsep sastera yang tidak menjadikan sebagai keutamaannya. beliau juga meletakkan adab sebagai asas persuratan dan menjadikan adab tersebut sebagai tunjang kepada sastera islam yang merangkumi hubungan dengan Allah dan manusia. Salah sebuah karya Mohd Affandi Hassan yang terkemuka ialah Pujangga Melayu yang dijadikan oleh pengarangnya sebagai acuan atau medan untuk membina sebuah karya sastera yang mengutamakan ilmu, pemikiran dan idea. Salah satu aspek yang diketengahkan oleh Mohd Affandi Hassan dalam Pujangga Melayu ialah berkaitan pendidikan anak-anak dan remaja dalam islam.Makalah ini berminat untuk mengesani pandangan Mohd Affandi Hassan mengenai subjek tersebut.Dalam usaha menilai persoalan tersebut ,makalah ini menggunakan kerangka sastera bandingan Henry H.H Remak yang meyatakan sastera bandingan juga diaplikasikan untuk membandingkan 'sastera dengan bidang lain sebagai ungkapan kemanusiaan'. Untuk itu satu perbandingan antara disiplin sastera dan pendidikan anak-anak menurut islam dilakukan dalam makalah ini.Enam aspek berkenaan pendidikan anak-anak telah dihuraikan dan disuguhkan dalam teks dengan meyakinkan. Enam aspek tersebut ialah; pertama pendedahan aspek tauhid untuk anak-anak ,kedua; prinsip muraqabah dalam pendidikan anak-anak, ketiga pendidikan fizikal yang bermanfaat untuk anak-anak dan remaja, keempat; pemantapan konsep ilmu untuk anak-anak dan remaja islam, kelima ; pemugaran aspek akhlak dan moral anak-anak dan remaja dan keenam,pendidikan anak-anak menerusi aspek ibadah dan amalan. Untuk menyampaikan pemikiran mengenai pendidikan anak-anak ini Affandi menggunakan pendekatan dan teknik khutbah, pidato dan perbahasan yang mengutamakan wacana ilmu dalam Pujangga Melayu.

Item Type:Article
Keywords:pendidikan anak-anak; persuratan melayu; ilmu; akhlak; sastera islam
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:5797
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Jan 2013 03:27
Last Modified:07 Jan 2013 01:42

Repository Staff Only: item control page