Peranan diversifikasi terhadap hubungan pendedahan modal intelek dengan nilai firma

Fathyah Hashim, and Romlah Jaffar, and Mohamat Sabri Hassan, and Zaleha Abdul Shukor, (2012) Peranan diversifikasi terhadap hubungan pendedahan modal intelek dengan nilai firma. Jurnal Pengurusan, 35 . pp. 43-55. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

992kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kajian ini menguji pengaruh diversifikasi terhadap hubungan pendedahan modal intelek (modal intelek keseluruhan, modal dalaman, modal luaran dan modal insan) dengan nilai firma keatas 233 buah firma yang tersenarai di papan utama bursa Malaysia pada 31 Disember 2007. Kajian lepas membuktikan terdapat hubungan positif antara pendedahan modal intelek dengan nilai firma. Kajian lepas juga mendapati berdiversifikasi yang dilihat lebih mampu membangun dan melabur dalam modal intelek lebih cenderung membuat pendedahan sukarela.Namun,teori dan bukti empirikal mengenai kesan diversifikasi keatas nilai firma adalah tidak konsisten.Hasil ujian regresi berganda menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendedahan modal intelek dengan nilai firma.Hasil kajian ini juga menunjukkan diversifikasi mempunyai pengaruh yang signifikan keatas hubungan antara pendedahan modal intelek dengan nilai firma. Hubungan tersebut didapati semakin kukuh bagi firma yang tinggi tahap diversifikasinya. Keputusan ini mencadangkan diversifikasi mempunyai peranan sebagai penyederhana dalam hubungan antara pendedahan modal intelek dengan nilai firma. Seterusnya kajian ii melaporkan firma yang tinggi tahap diversifikasinya serta tinggi tahap pendedahan modal luaran akan menunjukkan pengurus firma yang tinggi tahap diversifikasinya harus memberi lebih perhatian terhadap pendedahan maklumat modal luaran bagi memastikan nilai firma mereka tidak terkurang nilai.

Item Type:Article
Keywords:modal intelek; nilai firma
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:5803
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 Jan 2013 03:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page